HEADLINES

Malaysia gesa jangan burukkan lagi persengketaan di Asia Barat, elak tindakan agresif, provokasi

Sebarang bentuk provokasi dan/atau tindakan balas akan memburukkan lagi konflik di wilayah berkaitan, (malah) tidak akan memberi manfaat kepada Palestin

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa semua pihak, termasuk pemimpin negara bergolak untuk meredakan persengketaan di Asia Barat, selain mewujudkan persekitaran selamat untuk menamatkan konflik.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia juga tidak menggalakkan negara lain untuk bertindak secara agresif.

Menurutnya, semua pihak di rantau berkenaan juga harus mengelak dan berhati-hati, agar tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang di kawasan itu.

“Kerajaan Malaysia mengulangi bahawa objektif utama adalah mencari keamanan dan penyelesaian kekal kepada nasib rakyat Palestin, bukannya memanjangkan lagi konflik.

“Sebarang bentuk provokasi dan/atau tindakan balas akan memburukkan lagi konflik di wilayah berkaitan, (malah) tidak akan memberi manfaat kepada Palestin.

“Matlamat utama Israel adalah jelas, iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan mereka di Palestin,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad berkata, Malaysia seterusnya menyahut seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk negara di Asia Barat, menghentikan dan menamatkan permusuhan dengan serta-merta.

“Sebarang bentuk serangan, ofensif atau defensif, akan membawa implikasi yang jika ia tidak dikawal, akhirnya menyebabkan kematian lebih banyak nyawa tidak berdosa,” katanya.

Di sebalik peperangan tercetus sejak enam bulan lalu antara Israel dengan Palestin, Iran pula melancarkan serangan ke atas negara pimpinan Benjamin Netanyahu itu semalam.

Tindakan itu menyaksikan puluhan dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran ke negara berkenaan, sebagai tindakan ‘balas dendam’ terhadap serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu yang mengorbankan tujuh Pengawal Revolusi termasuk dua jeneral.

Iran menyatakan bahawa ia tindakan membela diri berdasarkan kepada Piagam 51 PBB.

Setelah serangan berakhir, Perutusan Tetap di PBB mengumumkan bahawa Iran menganggap tindakan mereka terhadap Israel dibenarkan dan ‘dianggap selesai’.

Namun, Iran menegaskan, sekiranya rejim Israel atau sekutunya ‘melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas akan jauh lebih berat’.

Katanya, tindakan balas itu akan terus menyebabkan serangan tidak berpenghujung. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related