HEADLINES

Kes tembak KLIA: Suspek, Hafizul Harawi ditahan di Kota Bharu, Kelantan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suspek utama yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi semalam, telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop sebentar tadi.

“Ya saya sahkah dia telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

“Satu sidang media khas akan diadakan oleh dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, polis telah mengambil keterangan 11 saksi termasuk mangsa yang kena tembak dan terkena mercun, pengawal keselamatan serta doktor bagi membantu siasatan insiden tembakan itu.

Menurut beliau, beberapa lagi saksi akan dipanggil termasuk ahli keluarga suspek dan beberapa yang lain dalam masa terdekat.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related