HEADLINES

Banjir di Sungai Buloh, PPS dibuka di SK Merbau Sempak

Bomba memberitahu penduduk setempat yang terjejas akibat banjir itu boleh mendapatkan tempat tinggal sementara di PPS SK Merbau Sempak

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak susulan banjir kilat yang melanda kawasan di Paya Jaras ketika ini.

Menurut jurucakap Pejabat Daerah Petaling, keputusan dibuat selepas berbincang dengan agensi terbabit dan PPS dibuka di SK Merbau Sempak kerana ia lebih besar dan memuatkan lebih ramai mangsa.

Sementara itu, Bomba memberitahu penduduk setempat yang terjejas akibat banjir itu boleh mendapatkan tempat tinggal sementara di PPS SK Merbau Sempak.

Dalam pada itu, menerusi Facebook Komuniti Kg Kubu Gajah Sg Buloh memaklumkan air masih naik di kampung berkenaan.

“Gajah 16 hampir dekat pinggang dah. Malam ni tak tahu nak tido kat mana,’’ kata Muhd Hafizie.

“Air naik lagi ni,’’ kata Nazri Hanee sambil memaklumkan kawasan tersebut adalah di Gajah 5.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Sungai Buloh itu mengakibatkan kesesakan teruk.

Malah akaun Plustrafik di aplikasi X turut memberitahu aliran trafik perlahan dari Bukit Lanjan ke Sungai Buloh sejak 5.39 petang tadi.

Turut dilanda banjir adalah Kolej Vokasional Sungai Buloh dengan beberapa kenderaan ditenggelami air.

Perkara itu dimuat naik di Facebook Khairul Annuar Jalaluddin bersama video dan gambar-gambar yang memaparkan bangunan kolej terbabit ditenggelami air dan orang ramai meredah air banjir.

Balai Polis Kampung Baru Subang mengadakan Pemantauan Op Banjir dengan menggerakan rondaan di kawasan terbabit – Gambar Facebook Polis Sungai Buloh, 16 April, 2024

“Banjir kilat di Kolej Vokasional Sungai Buloh. Ramai yang terkandas. Semoga dipermudahkan segala urusan kami,’’ katanya.

Dalam pada itu, Balai Polis Kampung Baru Subang mengadakan Pemantauan Op Banjir dengan menggerakan rondaan di kawasan terbabit.

Tujuan pemantauan adalah untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan yang dinaiki air,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related