HEADLINES

Tragedi bot terbalik: Seorang wanita maut, 3 lagi masih hilang

Difahamkan bot memancing itu membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita berusia 23 hingga 79 tahun

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita lemas manakala tiga lagi hilang selepas sebuah bot nelayan dan tongkang berlanggar di kedudukan tujuh batu nautika atau 1 kilometer dari perairan Kuala Kemaman pada 6.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, bot memancing itu membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita berusia 23 hingga 79 tahun.

Beliau berkata, mereka berasal dari Raub, Pahang dan Gombak, Selangor.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang wanita, manakala yang hilang pula adalah dua lelaki dan seorang wanita. Tiga lelaki dan dua wanita yang lain terselamat.

“Kesan perlanggaran itu mengakibatkan bot nelayan terbalik lalu karam,’’ katanya, seperti yang dilaporkan Bernama.

Hanyan berkata, identiti mangsa terlibat masih dikenal pasti dan operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan. – 11 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related