HEADLINES

Penguatkuasaan VEP dilaksanakan sepenuh ke atas kenderaan Singapura mulai 1 Julai: Loke

Pemilik kenderaan asing yang tidak tidak mendaftar atau mengaktif VEP akan dikenakan saman sebanyak RM300

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan Singapura yang memasuki sempadan Malaysia-Singapura akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Loke, jika pemilik kenderaan asing tersebut didapati tidak mendaftar atau mengaktif VEP, saman sebanyak RM300 akan dikeluarkan ke atas mereka.

Beliau memberitahu, penguatkuasaan itu selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu adalah menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada dalam Malaysia.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis saman kepada pemilik kenderaan asing yang tidak mendaftar atau tidak mengaktifkan VEP.

“Kalau mereka (kenderaan persendirian) tiada VEP yang sah dan memasuki Malaysia, mereka akan dikenakan saman iaitu RM300 dan saman itu perlu dibayar sebelum meninggalkan Malaysia.

“Mengapa kita laksanakan 1 Julai ini? Ini kerana masa yang diberikan agak panjang seperti yang kita katakan, kita bermula dengan pendekatan advokasi secara berhemah pada 1 Okt 2024,” katanya, yang dipetik dari Bernama.

Loke berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Loke memberitahu laporan siasatan awal kes kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak akan dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Laporan oleh pasukan petugas khas itu akan dibentangkan bagi mendapatkan pandangan daripada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan maut pada 13 Mei lepas, dan ia dianggotai oleh pakar serta wakil agensi utama yang berkaitan, dengan Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan Brig Jen Tan Chee Kee sebagai pengerusi.

Dalam kejadian 13 Mei itu, sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan. – 4 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related