◉ HEADLINES

Banting, Johan Setia, Nilai dan Port Dickson catat IPU tidak sihat pagi ini

Sementara itu, 58 stesen menunjukkan bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (99), Temerloh, Pahang (98), Petaling Jaya, Selangor (88), Bukit Rambai, Melaka (85) dan Tasek Ipoh, Perak (79)

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan IPU 156 dan 153.

Dua kawasan di Selangor iaitu Johan Setia dan Banting pula masing-masing mencatatkan IPU 155 dan 151.

Sementara itu, 58 stesen menunjukkan bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (99), Temerloh, Pahang (98), Petaling Jaya, Selangor (88), Bukit Rambai, Melaka (85) dan Tasek Ipoh, Perak (79).

Enam stesen iaitu IPD Serian, Sibu, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak, serta Tawau dan Kimanis di Sabah pula merekodkan bacaan IPU baik antara 37 hingga 49.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – 20 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related