◉ HEADLINES

Polis siasat kes kanak-kanak 8 tahun didera kejam anak jiran

Menurut aduan itu, pelaku kes terbabit adalah jiran pengasuh yang juga kanak-kanak

9:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung kes tular seorang kanak-kanak berumur lapan tahun didakwa dicederakan anak jiran dalam kejadian di Kajang, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, siasatan itu dijalankan susulan aduan diterima polis daripada pengasuh mangsa pada 11 April lalu.

Menurut aduan itu, pelaku kes terbabit adalah jiran pengasuh yang juga kanak-kanak.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak ini cedera dipercayai diperlakukan kanak-kanak terbabit.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan pengabaian ke atas kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Tasnim Muhamed Nor di talian 014-6209960 nagi membantu siasata,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, tular perkongsian seorang individu berserta beberapa foto yang mendakwa seorang kanak-kanak diasuhnya yang dipanggil Cahaya dikasari, didera dan dicederakan dengan ‘kejam’.

Dakwanya, lebih mengejutkan daripada cerita dimaklumkan Cahaya, perbuatan itu dilakukan tiga kanak-kanak, iaitu seorang lelaki berusia tujuh tahun dan dua perempuan lapan tahun, selain remaja 14 tahun.

Empat kanak-kanak terbabit, dakwanya, bukan sahaja menampal pita pelekat di mulut Cahaya, tetapi juga kakinya diketuk menggunakan batu-bata.

“Leher (Cahaya) kena cekik, hidung kena sepit dengan penyepit baju dan perut kena tumbuk.

“Cahaya cakap anak jiran depan rumah yang buat. Kasihan anak yang akak (kakak) jaga,” dakwanya.

Pada masa sama, dia mendakwa membawa Cahaya ke Hospital Kajang dan melalui pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan tisu kaki kanak-kanak itu koyak.

Keadaan itu, dakwanya, menyebabkan Cahaya terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sudah menjalani pembedahan kaki kerana terdapat darah beku serta nanah. – 19 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related