Dr Mahathir disiasat SPRM berhubung pengisytiharan harta: Azam Baki

SPRM hanya akan mendedahkan butiran dan hasil siasatan apabila tiba masa yang sesuai

3:28 PM MYT

 

GUA MUSANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, tentang apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

“Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini, hari ini.

Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai siasatan kes menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam berkata, ada petunjuk-petunjuk baharu menunjukkan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan berbelanja menggunakan kad kredit di luar negara.

“Hasil pemantauan SPRM, beliau (Muhammad Adlan Berhan) ada menggunakan kad kreditnya dan berbelanja di beberapa buah negara.

“SPRM telah memohon kepada pihak Interpol bagi tujuan ‘red flag’ ke atasnya dalam kes ini dan kami masih mengesannya untuk dituduh di mahkamah,” katanya.

Ogos lepas SPRM berusaha mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian

Mereka ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Sunway Kiara Hills, Desa Sri Hartamas, dan Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di Subang Jaya, Selangor. – 25 April, 2024

Topics

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US officials to visit Malaysia over alleged funds to Iran’s drone programme, says report

Washington honing in on claimed flow of money through Southeast Asia

Related