HEADLINES

PRK Kuala Kubu Baharu: PN pertaruh pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor

Khairul Azhari Saut adalah anak tempatan yang mendapat pendidikan awal di SK Felda Sungai Tengi dan SMK Felda Soeharto, kedua-duanya di Hulu Selangor

11:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut, 54, untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengisytiharan Calon gabungan parti tersebut di Bandar Utama Batang Kali, malam ini.

Katanya, Khairul yang juga ahli perniagaan mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas, dengan jawatan terbarunya sebagai pengurus besar di Global Valley Venture Sdn Bhd.

Muhyiddin turut memuji Khairul sebagai anak tempatan yang mendapat pendidikan awal di SK Felda Sungai Tengi dan SMK Felda Soeharto, kedua-duanya di Hulu Selangor.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Mohamed Azmin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Nasional Masyarakat India PN, P. Punithan.

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK tersebut.

Sock Tao adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), selain berpengalaman sebagai penerbit UbahTV kendalian DAP.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu, akibat kanser.

Pada pertandingan empat penjuru Pilihan Raya negeri (PRN) lalu, Kee Hiong memenangi kerusi dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related