PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru

Pengundi bakal memilih calon dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas

11:47 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk satu calon bebas.

Tiga lagi membabitkan calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) serta Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pegawai Pengurus PRK Dun Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan perkara itu sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut mewaili PN.

Sementara itu, PRM diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas.
Yuhanas berkata, pihaknya menyemak kertas permohonan dan berpuas hati serta memutuskan tiada kertas permohonan ditolak.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan seorang calon Bebas, Chng Boon Lai menghantar borang, namun menarik semula permohonan berkenaan pada saat akhir.

Terdahulu, calon PN, Khairul Azhari Saut selesai menyerahkan borangnya jam 9.15 pagi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Pang Sock Tao selang lima minit emudian.

Manakala calon bebas pertama, Ke Xin tiba jam 9.23 pagi menyerahkan borang pencalonannya diikuti Bong Lai yang tiba di pusat penamaan dan menyerahkannya pada jam 9.53 pagi.

Saat-saat proses penamaan calon menghampiri jam 10 pagi, muncul calon ketiga bebas, Hafizah Zainudin yang kemudian disahkan mewakili PRM. – 27 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fallen tree on Jalan Sultan Ismail belongs to Menara IMC, not DBKL, Zaliha clarifies

FT minister says uprooted tree in privately owned area

AstraZeneca announces global withdrawal of Covid-19 vaccine

Company says decision due to ‘surplus of available updated vaccines’ since pandemic

Related