Grab Malaysia rai impian rakan pemandu dan penghantar tunaikan umrah

Menyedari pentingnya ibadah Umrah buat umat Islam, Grab Malaysia berbesar hati dapat memudahkan mereka mengecapi impian itu

6:16 PM MYT

 

PETALING JAYA – Sepuluh pemenang bertuah dipilih untuk mengerjakan Umrah dengan pakej selama 12 hari 10 malam, dengan semua perbelanjaan mereka bersama individu tersayang akan ditanggung sepenuhnya oleh Grab Malaysia.

Mereka merupakan antara 539,000 pengguna Grab, rakan pemandu dan penghantar Grab yang menyertai kempen Cabaran Ramadan-UmrahGrab Malaysia baru-baru ini.

Pakej Umrah itu juga termasuk khidmat pemindahan lapangan terbang, penginapan di Makkah dan Madinah, makan minum, Buku Panduan dan Kursus Umrah, serta Mutawif yang ditugaskan khas untuk mengiringi mereka sepanjang perjalanan Umrah.

Menurut Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor, bersama inisiatif lain di bawah Kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, cabaran ini adalah lanjutan daripada usaha untuk memperjuangkan kepelbagaian dan kebolehcapaian, serta mengiktiraf pelbagai impian dan aspirasi setiap rakyat Malaysia.

“Kami berharap boleh mengadakan lebih banyak inisiatif yang bermakna, yang boleh menangani keperluan rakyat Malaysia hari ini, mewujudkan impak yang berkekalan bagi mereka yang telah maju, dan berkembang bersama Grab.

“Kami memahami kepentingan Umrah bagi umat Islam di Malaysia dan berbesar hati kerana dapat memainkan peranan untuk membantu memudahkan mereka mengecapi impian ini, dan membolehkan mereka memulakan perjalanan rohani yang bermakna,’’ katanya.

Muhammad Faizal Zainor Abidin yang akan mengerjakan Umrah bersama isterinya memasang impian untuk menziarahi pusara arwah bapanya yang meninggal dunia di Tanah Suci. – Gambar Grab Malaysia, 2 Mei, 2024

Dianjurkan bersempena kempen Ramadan Grab Malaysia yang bertemakan Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, Cabaran Ramadan-UmrahGrab merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif yang dianjurkan syarikat itu untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia bersama penggunanya, serta rakan-pemandu dan penghantarnya.

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Muhammad Faizal Zainor Abidin iaitu rakan-penghantar Grab sejak 2021 yang berasal dari Pulau Pinang memberitahu dia ingin membawa isterinya ke Makkah untuk menziarahi pusara arwah bapanya yang meninggal dunia di Tanah Suci.

“Ia merupakan impian seumur hidup saya untuk membawa keluarga saya melawat arwah ayah dan berkongsi kisah keluarga saya dengan arwah. Isteri saya adalah satu-satunya pendorong semangat saya terutama ketika menempuhi hari-hari yang sukar.

“Saya telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik beberapa tahun lalu, namun keyakinan dan sokongan isteri saya membuatkan kami kekal kuat sebagai sebuah keluarga yang menyokong satu sama lain dan demi tiga anak kami,’’ katanya

Seorang lagi pengguna setia Grab, Farah Nabilah, berazam untuk memenangi pakej tersebut untuk ibu dan dirinya apabila mengetahui tentang cabaran itu melalui aplikasi Grab.

Pengguna setia Grab, Farah Nabilah (kiri) akan membawa ibunya menunaikan Umrah dan menganggap ia sebagai hadiah hari jadi terbaik buat beliau yang menyambut ulang tahun ke-55. – Gambar Grab Malaysia, 2 Mei, 2024

“Ibu saya merupakan individu yang tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa mengutamakan keperluan adik-beradik dan saya. Beliau merupakan sinar yang menggalakkan kami untuk memasang impian yang besar dan jangan berputus asa mengejar impian tersebut.

“Jadi hari ini, melalui Grab dan berkat doa serta sokongan ibu saya yang tidak berbelah bahagi, saya dan adik-beradik berasa amat gembira kerana akhirnya dapat mengutamakan ibu dan menghadiahkan perjalanan Umrah ini sempena hari jadinya yang ke-55 yang akan datang. Sebagai seorang yang gemar mengembara, saya juga kini boleh memenuhi impian untuk menunaikan Umrah,’’ katanya.

Pemenang yang menerima pakej Umrah yang ditaja penuh ini adalah:

Pengguna Grab
Farah Nabilah Mohamad Yusof – Pengguna Grab sejak 2016
Mohammad Iqbal Abdul Hamid – Pengguna Grab sejak 2014
Nor Azdan Nordin – Pengguna Grab sejak 2015
Nur Hikmah Hasan – Pengguna Grab sejak 2017
Ridzuan bin Azmi – Pengguna Grab sejak 2018

Rakan Grab
Azzmeir Yunadi Mazlan – Rakan-Penghantar Grab sejak 2022
Muhamad Edzuan Mohd Nasir – Rakan-Pemandu Grab sejak 2017
Muhammad Faizal Zainor Abidin – Rakan-Penghantar Grab sejak 2021
Muhammad Khairul Adib Mohd Rashid – Rakan-Penghantar Grab sejak 2020
Nur Fadzliana Mohammad Ali – Rakan-Pemandu Grab sejak 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related