HEADLINES

Kerajaan ada pelan kecemasan buat jemaah haji Malaysia jika berlaku bencana

Malaysia sering berhubung dengan kerajaan Arab Saudi dan sentiasa bersedia dengan pelan alternatif untuk berdepan apa jua musibah

5:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden atau bencana ketika menunaikan rukun Islam yang kelima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, aspek keselamatan 31,600 jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan tetamu Allah itu dapat menunaikan haji dengan lancar.

“Sudah tentu perancangan kita dah buat, kita bincang dengan kerajaan Arab Saudi (bagi mendapatkan situasi terkini). Itu yang penting.

“Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi, dan jaminan yang kita berikan.. apa sahaja bentuk musibah, sentiasa bersedia dengan pelan alternatif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024 di sini hari ini.

Mohd Na’im yang mengulas persediaan Tabung Haji (TH) ekoran laporan media antarabangsa mengenai banjir susulan hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan sekolah dan jalan raya, turut percaya bahawa 150 petugas haji TH dapat memberikan komitmen penuh dalam memastikan operasi haji 2024 berjalan lancar.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan, tahap disiplin dan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci agar tidak menjejaskan imej negara serta hubungan baik dengan Arab Saudi.

Menurut Datuk Mohd Na’im Mokhtar, aspek keselamatan 31,600 jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan tetamu Allah itu dapat menunaikan haji dengan lancar. – Alif Omar/Scoop, 3 Mei, 2024

“Kita sebagai negara pertama yang terima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah haji musim ini, jadi jangan sesekali terlibat dalam apa sahaja perbuatan atau kegiatan yang boleh melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Bila mereka beri keutamaan kepada kita, kita kena balas baik,” katanya.

Pada 28 April lepas, Mohd Na’im dilaporkan berkata, pengeluaran visa pertama itu diberikan kepada Malaysia susulan persiapan awal dilaksanakan TH dalam pelbagai aspek.

Penerbangan kumpulan pertama petugas sudah mula berlepas pada 30 April diikuti dengan tiga kumpulan besar iaitu masing-masing pada 2, 6 dan 9 Mei.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula 9 Mei ini manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun 2024.

Tahun ini, hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada Sabtu, 15 Jun.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines pada musim haji kali ini. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related