◉ HEADLINES

Isu kegagalan gandar, JPJ panggil balik 600 unit Chery Omoda 5 serta merta

Tindakan itu diambil ekoran tular seorang pemilik Omoda 5 keluaran Chery mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang ketika sedang memandu

5:31 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pemanggilan semula 600 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery berkuat kuasa hari ini, susulan insiden yang tular di media sosial pada 28 April lepas.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah memanggil Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.

“Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak syarikat bagi menempah slot pemeriksaan masing-masing atau pemilik kenderaan boleh walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara.

“Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu ini akan digantikan, dengan semua kos akan ditanggung Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd,” menurut JPJ.

JPJ memaklumkan jabatan itu akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu dan komited untuk memastikan semua unit yang terlibat diperiksa, disahkan selamat serta proses penggantian gandar dilaksanakan bagi kenderaan yang terkesan.

Pada 28 April lalu, seorang pemilik Chery Omoda 5 berkongsi klip video kenderaan yang mengalami kerosakan gandar belakang semasa memandu, dan seterusnya menerima maklum balas daripada Chery Auto Malaysia pada 30 April. — Gambar X Paul Tan, 3 Mei, 2024

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan semua pemilik kenderaan model Omoda 5 untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Chery Malaysia di talian 03-2771 7070, menghubungi pusat jualan Chery Auto Malaysia yang terdekat atau melayari laman sesawang www.chery.my.

Baru-baru ini, seorang pemilik Omoda 5 keluaran Chery telah memuat naik mengenai kenderaan miliknya yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang ketika sedang memandu dan telah mendapat maklum balas daripada Chery Auto Malaysia pada 30 April lepas.

Chery Omoda 5 merupakan kenderaan elektrik (EV) jenis Utiliti Sukan (SUV) yang dilancarkan pada Mac lepas, model itu dijual pada harga antara RM108,800 dan RM118,800. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

The noise that masks Malaysia’s steady progress – Wong Chun Wai

Amid viral outrage and social media sensationalism, the country records historic investments, economic stability, and low unemployment, challenging the narrative of perpetual crisis

◉ Related