HEADLINES

Pemandu lori maut dihempap paip: Notis pemberhentian kerja pemunggahan dikeluarkan

Siasatan dijalankan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun yang dihempap enam ikat hollow pipe dengan berat melebihi 5,000 kilogram

11:34 AM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja memuatkan dan memunggah paip di sebuah kilang di Simpang Ampat dekat sini pada Khamis lepas selepas insiden seorang pemandu lori maut dihempap paip tersebut.

Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata pihaknya juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan bagi dibentangkan kepada JKKP Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun berkenaan yang dihempap enam ikat hollow pipe dengan berat melebihi 5,000 kilogram pada 29 April lepas.

“Mangsa merupakan pemandu lori di kilang itu dan dia telah pergi ke gudang penyimpanan rasuk dan hollow pipe selepas makan di kantin sebelum dihempap paip-paip tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi selain mengadakan lawatan susulan selepas tindakan penambahbaikan diambil kilang tersebut. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Related