Terpulang parti politik mahu fail petisyen: Pengerusi SPR

Setiap parti berhak membuat petisyen, namun ia hanya boleh dilakukan 21 hari selepas keputusan pilihan raya dikeluarkan

1:20 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan terpulang kepada parti politik sekiranya mahu membuat sebarang petisyen selepas keputusan pilihan raya dikeluarkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sekiranya ada, petisyen itu akan diterima pihaknya dan diproses mengikut undang-undang.

“(Petisyen) yang ini terpulang kepada kepimpinan (parti politik), cuma untuk membuat petisyen ini adalah selepas kita (SPR) gazet, selepas 21 hari keputusan kita keluarkan barulah mereka boleh buat petisyen.

“Jadi SPR biasanya kita hanya menunggu kalau ada, kita akan terima dan teruskan di mahkamah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau perjalanan pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Kem Rejimen Divisyen 4 di sini, hari ini.

Abdul Ghani meninjau perjalanan pengundian awal Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu di Kem Rejimen Divisyen 4, Kuala Kubu Baharu hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 7 Mei, 2024

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi amaran bahawa gabungan berkenaan, akan memfailkan petisyen jika PH memenangi PRK Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.

Takiyuddin mendakwa memiliki banyak bukti secara video dan catatan mengenai penyaluran serta penyalahgunaan jentera kerajaan, dengan menyifatkannya sebagai rasuah pilihan raya.

Ditanya jumlah aduan rasmi diterima SPR sepanjang kempen, Abdul Ghani berkata, setakat ini hanya satu kes dikemukakan, iaitu membabitkan penggunaan gambar Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi (kes) yang itu sudah selesai, lain-lain Alhamdulillah tidak ada kes menyalahi dari segi peraturan, tidak terima apa-apa.

“Maknanya orang di Kuala Kubu Baharu ini berkempen secara baik, secara adik beradik dan ini sangat menggalakkan.

“Saya berharap sangat tinggal lagi tiga hari ini, kita berkempen secara matang, elok, hormat menghormati dan paling mustahak, ktia menggalakkan semua pengundi keluar mengundi,” katanya. – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related