◉ HEADLINES

KDN janji selesaikan isu 12,000 pelajar tiada dokumen pengenalan diri dalam 6-12 bulan

Pelajar sekolah rendah dan menengah ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak teratur hingga tidak mendaftar perkahwinan

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu dokumen pengenalan diri melibatkan 12,000 pelajar akan diselesaikan dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifudin berkata, menerusi kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri (KSN) dengan Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghasilkan profil 12,000 pelajar yang sedang berada dalam sistem pendidikan arus perdana tetapi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Mereka ini, katanya, berada di sekolah rendah dan menengah namun tidak memiliki dokumen pengenalan diri misalnya disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak teratur hingga tidak mendaftar perkahwinan.

“Jumlah ini dikenal pasti kerana mereka telah berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah, tetapi KDN serta KPM akan mengemas kini data kalau ada yang tercicir dalam kategori sama,” katanya dipetik dari Bernama.

Saifudin berkata demikian selepas menyampaikan dokumen pengenalan diri kepada enam penerima pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul di Semporna, hari ini.

Beliau memberitahu, dalam pada itu masih ramai yang tidak mengetahui daftar kelahiran mesti dilakukan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung manakala di Sabah serta Sarawak pula adalah 42 hari.

“Apabila berlaku keadaan mendaftar lewat, wujud situasi anak ke sekolah tiada pengenalan diri atau kalau tidak ada sijil lahir bila tamat sekolah, susah untuk sambung pelajaran. Kalau sakit, demam pergi ke hospital dikenakan bayaran mahal, jadi hari ini kami mahu segerakan.

“Jadi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tampil melalui produk ini iaitu program JPN turun padang ke kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Turun mencari masyarakat yang sakit terdampar di rumah, termasuk mencari mereka di rumah jagaan atau rumah orang tua dibantu berkaitan dokumen pengenalan diri,” katanya.

Mekar, kata Saifuddin memberi manfaat besar kepada kumpulan sasar di Sabah, dan sehingga kini sebanyak 188 program berkenaan dilaksanakan, sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan menyantuni komuniti pedalaman. – 1 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related