Draf apa?: Fahmi nafi wujud dokumen dikeluarkan kerajaan berhubung peruntukan pembangkang

Terdahulu, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan wujud draf perjanjian antara kerajaan dengan pembangkang

9:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya pihak mereka menerima draf berkaitan peruntukan kawasan daripada kerajaan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan ketiadaan dokumen itu semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

“(Fadillah memberitahu Kabinet) tiada draf diberikan kepada pembangkang dan kerajaan juga tidak menerima (draf) daripada pembangkang.

“Pertemuan (Fadillah) dengan pembangkang, termasuk ketuanya (Datuk Seri Hamzah Zainudin) hanyalah untuk mendengar pandangan mereka mengenai cadangan dan tawaran boleh diusahakan.

“Tiada draf seperti dikatakan (Hamzah). Saya tidak pasti kenapa dia (Hamzah) menggunakan perkataan ‘draf’ memandangkan tiada draf,” kata Fahmi kepada pemberita selepas majlis di sini, hari ini.

Fahmi merujuk kepada pertemuan Fadillah dengan Hamzah; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee pada 19 Mac lalu.

Dua hari kemudian, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), memberitahu Dewan Rakyat bahawa pembangkang menerima draf daripada Fadillah yang menggariskan cadangan kerajaan untuk peruntukan pembangunan kawasan pilihan raya tahunan.

Hamzah mendakwa, pembangkang akan berbincang dan menandatangani draf itu sebelum menerima peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, pembangkang meminta peruntukan tahunan RM3.5 juta untuk ahli parlimennya semasa perbincangan dengan Fadillah baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bersatu itu memberitahu Sinar Harian bahawa syarat draf perjanjian mengenai perkara itu juga, termasuk peruntukan RM300,000 untuk menguruskan pusat khidmat Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, kerajaan masih belum menerima apa-apa ‘substantif’ daripada pembangkang.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini perlu membuat perancangan semula mengenai perkata itu.

“Jika ada ahli parlimen pembangkang yang merasakan perbincangan (peruntukan kawasan pilihan raya) berjalan agak perlahan, kerajaan tidak boleh dipersalahkan (atas perkembangan perbincangan).

“Mereka perlu bertanya kepada ketua pembangkang mereka mengapa ia berjalan dengan perlahan,” katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

Related