Ketua agama perlu tampil, bantu redakan keadaan: Fahmi

Itu antara mesej utama ditekankan Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024

5:15 PM MYT

 

PETALING JAYA – Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 yang berlangsung hari ini disifatkan sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat dunia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia antara mesej utama ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmiannya pada persidangan yang menghimpunkan tokoh agama dan golongan intelektual dari seluruh dunia itu.

“Mesej utama disampaikan Perdana Menteri berkait keperluan untuk ketua-ketua agama tampil dan membantu untuk meredakan keadaan bila masa, kalau di sesetengah negara kelihatan seperti fahaman esktremisme keterlaluan sehingga timbul ketegangan dan kerosakan masyarakat di negara tersebut.

“Perdana Menteri tidak merujuk kepada mana-mana negara secara khusus tetapi secara umum dan harapannya ialah perbincangan yang dapat dijana akan menghasilkan satu resolusi Kuala Lumpur yang akan diumumkan pada penghujung hari ini (persidangan),” katanya kepada media selepas perasmian persidangan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi persidangan itu juga diharap ketua-ketua agama dapat menegakkan isu keadilan tanpa mengira di mana saja mereka berada.

“Ucapan Perdana Menteri juga menyentuh bagaimana berlaku di Gaza seakan-akan tidak ada nilai kemanusiaan dalam kalangan pemimpin.

“Jadi diharapkan ketua-ketua agama dapat bersuara dalam isu keadilan di mana saja mereka berada. Itulah hasrat disampaikan Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan persidangan tersebut akan menjadi acara tetap di negara ini.

Anwar berkata, adalah penting bagi Malaysia mempromosikan pemahaman mengenai Islam, Rahmatan Lil Alamin (rahmah kepada sekalian alam) dan mesej keamanan.

“Dalam persidangan ini, kita dapat perhatikan perkara yang perlu dilakukan dan ditambah baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Buddha atau Hindu.

“Kita ingin mendengar nasihat, kritikan dan cadangan anda, bagaimana pada masa kita mencuba sehabis baik untuk meningkatkan pemahaman mengenai Islam dan mengamalkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah.

“Kita juga ingin sampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan, keadilan untuk semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim,” katanya.

Persidangan selama sehari itu akan disusuli dengan Persidangan Majlis Ulama Asia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Kedua-dua persidangan itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim (MWL). – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related