HEADLINES

Kemenangan Sock Tao di KKB bukti tohmahan ‘UMDAP’ tak jejas semangat jentera Umno

Umno berdepan pelbagai provokasi daripada pembangkang ekoran keputusannya membantu calon Pakatan Harapan dari DAP pada PRK Kuala Kubu Baharu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kejayaan calon Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuktikan Kerajaan Perpaduan memiliki daya tahan tinggi dan kesepakatan yang kukuh.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Umno dilabelkan pembangkang sebagai UMDAP (Umno-DAP), ia tidak menjejaskan semangat jentera pilihan raya parti itu untuk membantu calon PH dari DAP.

“Biarpun kita dibaling dengan isu UMDAP dan agak sukar untuk kita melakukan penjelasan, namun hakikatnya jalinan BN dan PH menjadi tunjang kepada kerajaan bersama parti lain di Sabah dan Sarawak.

“Tunjang ini mesti diperkukuhkan. Saya telah nyatakan bahawa kepemimpinan DAP banyak membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK). Ini pertama kali calon DAP bertanding di KKB dan tidak salah jika kita membalas budi yang ditabur mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Umno berdepan pelbagai provokasi daripada pembangkang ekoran keputusannya membantu calon Pakatan Harapan dari DAP pada PRK Kuala Kubu Baharu. – Alif Omar/Scoop, 12 Mei, 2024

Calon PH daripada DAP, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan memenangi PRK DUN KKB dengan memperoleh 14,000 undi.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Khairul Azhari Saut yang mendapat 10,131 undi.

Calon Bebas, Nyau Ke Xin pula memperoleh 188 undi dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin yang sekadar meraih 152 undi.

Terdahulu, ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-78 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN kerana berjaya mematahkan serangan persepsi pembangkang sepanjang tempoh berkempen PRK tersebut.

“Umno disimbah UMDAP, tahniah kepada jentera Umno dan BN di Kuala Kubu Bharu kerana berjaya mengatasi persepsi ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua jentera parti, jentera Wanita, Pemuda, Puteri,” katanya. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related