HEADLINES

Serangan Ulu Tiram: Tujuh individu direman esok

Lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tujuh individu yang ditahan berkait dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor awal pagi tadi akan direman esok bagi membantu siasatan polis.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop.

Menurut beliau, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi esok.

“Ya (tujuh individu itu akan direman esok),” katanya ringkas.

Terdahulu, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam ditahan sejurus selepas kejadian serangan terbabit.

Dua orang awam yang berada di Balai Polis Ulu Tiram, Johor ketika kejadian serangan di lokasi berkenaan awalnya ditahan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mereka, masing-masing lelaki dan wanita ke balai polis itu untuk membuat laporan berhubung kes cabul yang berlaku dua tahun lalu.

Menurut Razarudin, apa yang mencurigakan adalah mengapa mereka hadir pada waktu awal pagi untuk mendapatkan pendapat berhubung kes yang berlaku pada 2022.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar kepada media.

Kumar berkata, insiden pada jam 2.45 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related