HEADLINES

Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung sepucuk surat amaran dan ugutan yang diterimanya semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati, sampul surat yang dikirim kepada ahli Parlimen berkenaan, mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara ini, serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, kerana menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi talian Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dan pegawainya mengadakan pertemuan dengan Teresa Kok berkaitan ugutan bunuh yang diterimanya. – Gambar Facebook Teresa Kok, 19 Mei, 2024

Sementara itu, Teresa dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, beliau mengambil surat berkenaan yang diletakkan di peti surat di kediamannya selepas pulang ke rumah.

“Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis amaran.

“Saya kemudian membuat laporan polis dan serahkan surat dan peluru kepada polis di Balai Petaling. Polis juga datang ke bahagian peti surat di kondominium saya untuk menjalankan pemeriksaan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas mereka dan yakin polis dapat membantunya dalam kes tersebut. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related