HEADLINES

20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam ini

Perhimpunanan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin Shaykh Rami As-Sousi

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Faizal Abdul Aziz berkata, perhimpunanan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin Shaykh Rami As-Sousi.

“Turut menjadi fokus perhimpunan ialah ucapan komitmen pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang mewakili rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuangan rakyat Palestin, manakala acara kemuncaknya sudah pasti ucapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri,” katanya.

Perhimpunan dikekolakan ABIM dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu, dijangka bermula pada 7.30 hingga 10.30 malam dan turut melibatkan lebih 40 NGO seperti Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

“Kami harapkan perjuangan membela rakyat Palestin berterusan kerana bagi ABIM, himpunan yang dianjurkan ini bukan penamat, tetapi sebagai satu nafas baharu untuk rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memperjuang hak rakyat Palestin.

Peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin. – Azim Rahman/Scoop, 24 Oktober, 2023

“Harapan kami agar perjuangan ini turut sama disambut oleh generasi akan datang agar penjajahan Zionis Israel berakhir di Palestin,” katanya yang memaklumkan ABIM sudah menghantar tiga memorandum kepada pihak berkaitan bagi menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman Zionis Israel.

Sementara itu, Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, program malam ini bukan sahaja untuk mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, tetapi juga untuk mendidik orang ramai mengenai sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara Timur Tengah itu. 

“Orang ramai boleh datang dan mendengar ucapan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Ini adalah peluang yang baik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh berhubung isu ini. Ia bukan semata-mata atas perjuangan agama, tetapi ia juga melibatkan isu berkaitan hak asasi manusia,” katanya. 

Beliau berkata, peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin. 

“Saya juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai himpunan ini untuk datang awal kerana pintu stadium akan dibuka pada 6.30 petang,” katanya dan menambah trak makanan turut disediakan, selain persembahan oleh artis terkemuka antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related