◉ HEADLINES

16 rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Singapore Airlines

Setakat pukul 7.50 malam, 18 individu telah dimasukkan ke hospital, 12 sedang dirawat di hospital manakala penumpang dan kru yang lain sedang diperiksa dan diberi rawatan

12:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – 16 rakyat Malaysia merupakan antara penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 dari London ke Singapura yang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bangkok selepas menghadapi gelora udara yang teruk.

Singapore Airlines dalam kenyataannya memaklumkan, mereka merupakan sebahagian daripada 211 penumpang dan 18 kru penerbangan yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Penumpang lain adalah Australia (56 orang), dua penumpang dari Kanada, seorang dari Jerman, India (tiga), Indonesia (dua), Iceland (satu), Ireland (empat), Israel (satu), Myanmar (dua), New Zealand (23), Filipina (lima).

Yang lain ialah Singapura (41), Korea Selatan (satu), Sepanyol (dua), United Kingdom (47) dan empat dari Amerika Syarikat.

“Setakat pukul 7.50 malam, 21 Mei 2024 waktu Singapura, 18 individu telah dimasukkan ke hospital, 12 sedang dirawat di hospital manakala penumpang dan kru yang lain sedang diperiksa dan diberi rawatan, jika perlu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

“Kami boleh mengesahkan terdapat beberapa orang yang cedera dan satu kematian di atas pesawat Boeing 777-300ER,’’ katanya.

Singapore Airlines turut menyatakan keutamaan mereka adalah untuk memberikan segala bantuan yang boleh kepada semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Ia turut membuka talian penting bagi waris penumpang untuk mendapatkan maklumat di talian +65 6542 3311.

Dalam kejadian petang tadi, seorang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas pesawat Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami pergolakan udara (turbulence) memaksa pendaratan kecemasan di Thailand.

Menurut kenyataan oleh Singapore Airlines di Facebook, pesawat Boeing 777-330ER itu terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada 3.45 petang waktu tempatan.

Kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal.

“Pesawat Singapore Airlines SQ321, dari London (Heathrow) ke Singapura pada 20 Mei mengalami pergolakan udara semasa dalam perjalanan,’’ katanya. – 22 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related