◉ HEADLINES

Kes resit hina Islam: 4 warga Myanmar ditahan bantu siasatan

Polis menerima 17 laporan berhubung kejadian resit berkenaan

3:51 PM MYT

 

GEORGE TOWN — Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kesemua berusia 19 hingga 67 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan di sebuah pondok dusun durian, Jalan Sungai Ara, dekat sini pada 16 Mei lepas.

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan tiga daripadanya iaitu dua lelaki bersama seorang wanita masih direman hingga 3 Jun.

“Sementara lelaki warga emas berumur 67 tahun direman hingga 20 Mei dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu dan akan mengambil keterangan sejumlah lagi individu.

Hamzah berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dalam pelbagai sudut kerana melibatkan isu sensitif dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Kita akan merekodkan keterangan beberapa pihak lagi bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu,” katanya sambil menambah polis menerima 17 laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pada 15 Mei lepas, kira-kira 8 pagi, polis mendapati satu gambar resit itu dimuat naik di aplikasi X dan susulan itu satu laporan diterima pada 8.46 malam.

Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan diterima pada 5.05 petang oleh restoran makanan segera itu dan mempunyai perkataan menghina di bahagian ‘remark’ atau nota pesanan. 

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini, dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan ‘remark’ oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan. – 23 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related