HEADLINES

LKAN: SPRM akan segera siasat kelemahan, salah laku GLC

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini

9:44 AM MYT

 

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong pendedahan Ketua Audit Negara berhubung kelemahan tatakelola dan potensi salah laku dalam agensi berkaitan kerajaan (GLC) serta akan segera menjalankan siasatan.

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya akan berhubung dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Audit Negara (JAN) bagi mendapatkan maklumat termasuk dokumen sokongan berkaitan untuk siasatan serta tindakan lanjut dengan kadar segera.

“SPRM sentiasa menyokong pendedahan Ketua Audit Negara dan akan menjalankan penelitian secara menyeluruh terhadap laporan berkenaan.

“Ini termasuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang isu yang disyaki mempunyai unsur kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan bukan hanya terhad kepada isu tatakelola semata-mata,” kata kenyataan itu, lapor Harian Metro.

Jelas kenyataan itu lagi, SPRM sentiasa komited dalam memastikan setiap dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah ditangani secara tegas serta telus demi memastikan tadbir urus negara berada pada tahap tertinggi seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam.

Sebelum ini media melaporkan, LKAN yang dibentangkan di Dewan Rakyat menunjukkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam pelaksanaan projek dan dana kerajaan.

Terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti kurang pemantauan atau penyeliaan oleh pihak berkaitan, tiada penyelarasan antara agensi berkenaan, tiada pangkalan data lengkap dan kelemahan dalam dasar mahupun prosedur kerja.

Kelemahan ini menyebabkan program, aktiviti atau projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak memuaskan, kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang yang dibelanjakan. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related