◉ HEADLINES

9 keluarga di Kg Sri Makmur diarah pindah esok, penduduk dalam dilema tiada tempat untuk dituju

Rumah yang didiami penduduk itu adalah satu-satunya tempat berteduh yang ada justeru mereka nekad untuk mempertahankannya

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sembilan keluarga yang merupakan penduduk asal dan sudah lama menetap di Kampung Sri Makmur, Gombak diarahkan untuk berpindah esok.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa ketika dihubungi Scoop berkata, ia melibatkan lebih 20 anggota keluarga.

Menyifatkan ia sebagai pengusiran paksa oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pejabat Tanah Galian Gombak, Noora berkata, rumah yang didiami penduduk itu adalah satu-satunya tempat berteduh yang ada justeru mereka nekad untuk mempertahankannya.

Sebelum ini, ujar beliau, 14 keluarga peneroka bandar daripada Persatuan Perantau Sri Makmur sudah mendapat tawaran rumah Selangorku dan pampasan pemindahan RM1,000.

Apa yang menjadi persoalannya, kata Noora, kenapa nama sembilan keluarga itu tidak dimasukkan ke dalam senarai tawaran rumah berkenaan.

“Namun, 9 keluarga masih tertinggal. Rayuan mereka telah dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Mereka yang terlibat ini juga tidak kemas apa-apa pun kerana tidak tahu nak pindah ke mana,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Pengusiran keluarga terbabit yang menetap di tanah milik PKNS itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Pada 4 Mei lalu, penduduk Kampung Sri Makmur sepakat menghantar memorandum bagi menagih ‘janji’ Menteri Besar pada November tahun lalu untuk memberikan pampasan perpindahan sebelum rumah mereka dirobohkan.

Terdahulu melalui satu surat bertarikh 24 April lalu, permohonan 10 daripada 24 keluarga ditolak atas sebab ketiadaan bukti bahawa mereka menetap di Kampung Sri Makmur sejak 2006.

Penduduk terbabit sebelum ini telah menerima notis untuk mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Januari lalu, namun ditangguhkan sehingga hari ini.

Berikutan arahan perpindahan terbaru itu, beliau berkata pihaknya akan bersolidariti dengan keluarga peneroka bandar itu supaya pengusiran paksa tidak berlaku. – 26 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related