◉ HEADLINES

Pemandu anggap salah faham, enggan panjang kes dakwaan dipukul pengiring rombongan kenamaan

Pengadu telah membuat laporan polis kedua semalam pada jam 9.59 malam dan menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu e-hailing yang membuat laporan didakwa dipukul pengiring kepada rombongan kenamaan semalam, menyifatkan kejadian itu sebagai salah faham.

Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki itu membuat laporan kedua pada hari yang sama dan memaklumkan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

“Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima satu laporan polis, pada 28 Mei 2024 oleh pengadu pada jam lebih kurang 1.00 petang yang dikatakan diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

“Pada 28 Mei 2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media hari ini mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di sebuah hotel di sini semalam.

Shuhaily berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) namun setakat ini belum ada tangkapan.

“Kita masih belum mengetahui mengapa lelaki (mangsa) yang juga orang kurang upaya (OKU) itu diserang,’’ katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Rusdi berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung itu.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,’’ katanya. – 29 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related