HEADLINES

Kes pukul pemandu OKU: Kenapa babitkan kami, kami bukan kerajaan, bukan polis: Khairy

Bekas Menteri Kesihatan itu dalam nada sinis berkata, perkara itu tidak sepatutnya diajukan kepada beliau yang sudah tiada jawatan dalam kerajaan hari ini

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menyindir netizen yang mendakwa beliau tidak akan bersuara mengenai insiden pengawal pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) didakwa memukul pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) pada Selasa lalu.

Bekas Menteri Kesihatan itu dalam nada sinis berkata, perkara itu tidak sepatutnya diajukan kepada beliau yang sudah tiada jawatan dalam kerajaan hari ini.

“Confirm (sah) KS (Keluar Sekejap)… KJlah takkan sentuh isu pemandu OKU didakwa ditumbuk di bahagian muka oleh pengiring keselamatan TMJ di sebuah hotel pada 28 Mei lalu. Mesti tak ada telurlah nak bincang isu itu. Kami tidak akan sembunyi, kami akan bercakap untuk buktikan kami boleh bercakap apa saja.

“Tetapi saya nak tanya kepada mereka yang tulis dalam (platform) X ini. Kenapa babitkan kami. Kami bukan kerajaan. Kami bukan polis, kami bukan Menteri Dalam Negeri, kami bukan menteri menjaga kebajikan.

“Kami (juga) bukan Menteri Pengangkutan. Kalau kita terpaksa jawab kalau kamu semua menganjing supaya KS (Keluar Sekejap) jawab, (jadi) kita juga mungkin menjadi kerajaan kerana kerajaan tidak berkata apa-apa. Betul?” soalnya dalam podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian seorang pengiring keselamatan TMJ yang didakwa memukul pemandu OKU ketika menunggu penumpang di sebuah hotel dekat KL Sentral di sini, Selasa lalu.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketika membuat laporan, telefon bimbit dan kamera papan pemuka keretanya yang dipercayai merakam kejadian itu dirampas oleh polis.

Susulan insiden itu, Khairy menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) pengawal pengiring ketika menjalankan tugas mereka.

“Untuk kumpulan pengiring keselamatan, saya tahu ia (tugas mereka) tekanan tinggi tetapi cuba untuk menahan diri. Saya pernah tengok dengan mata saya sendiri beberapa insiden di mana tendang kereta, pukul kereta yang tak bagi laluan.

“Dulu waktu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi PM, Pak Lah ini orang yang sangat sabar. Tapi pernah dia tegur ketua pegawai keselamatan dia, dua tiga kali kata bila tak ada keperluan tak payahlah nak tolak, nak tendang kereta dan sebagainya.

“Jadi mereka menyesuaikan diri. Jadi saya fikir mungkin IGP (Ketua Polis Negara) boleh melihat perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengakui beliau ada memberikan pandangannya berhubung insiden itu kepada Tunku Ismail.

“Saya kenalan kepada Pemangku Sultan Johor, saya anggap dia sebagai kawan dan saya juga berkhidmat sebagai penasihat belia johor dan ahli lembaga pengarah JDT (Johor Darul Ta’zim). Probono kedua-duanya.

“Tetapi tidak bermaksud bahawa saya tidak ada pendirian, tidak bermaksud saya tidak menyampaikan pandangan saya kepada TMJ yang mana telah saya lakukan. Tetapi sudah tentu kami bersembang sesama kami (secara privasi).

“Tetapi apa saya nak sebut bahawa saya faham, secara optikalnya perkara ini nampak agak tidak adil kepada pemandu terbabit. Jadi perlu ada siasatan, dia layak mendapat keadilan. Perkara ini saya sudah sampaikan kepada Pemangku Sultan dan beliau pun sudah keluarkan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian membabitkan pengawal pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, tidak sesekali membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang berlaku. – 4 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related