◉ HEADLINES

Tragedi banjir Nepal: Pasukan SMART selamat tiba di Kathmandu

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS01 kini berada di Kathmandu bersama 12.4 tan kelengkapan canggih bagi mempercepatkan operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di kawasan terjejas

10:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan SMART MAS01 yang menggalas Misi HADR ke Nepal selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada jam 12 tengah hari semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan pasukan itu selesai menjalani semua urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifes anggota pada jam 4.30 petang waktu tempatan.

Pasukan berkenaan terus bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat situasi terkini, sekali gus menyelaraskan aturan penugasan bersama agensi pengurusan kecemasan tempatan.

Keseluruhan anggota berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang isu dilaporkan.

“Ketika kemas kini disampaikan, pasukan sedang bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat situasi semasa. Penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan,” menurut kenyataan NADMA.

Penglibatan pantas wira negara ini digerakkan selepas kemusnahan teruk akibat bencana di Nepal, di mana infrastruktur utama terputus dan kawasan pertempatan memerlukan bantuan teknikal khusus untuk mencari mangsa yang terperangkap.

Pelaporan harian misi akan diselaraskan secara berterusan antara NADMA dan pihak kedutaan sepanjang operasi berjalan.

Seramai 11 anggota dan pegawai SMART berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang menaiki pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia jam 9 pagi semalam.

Pasukan itu dibekalkan 12.4 tan peralatan khas berteknologi tinggi merangkumi alat pengesan, dron berkapasiti tinggi, sistem komunikasi, peralatan penyelamatan terowong, sebuah kenderaan pacuan empat roda, serta trak muatan 10 tan demi memastikan keupayaan maksimum di lokasi bencana. – 6 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related