HEADLINES

Cuepacs sokong syor tiada kenaikan pangkat jika ketua jabatan tutup mata amalan rasuah

Pmbaharuan yang dilaksanakan Perdana Menteri itu tidak menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam, sebaliknya hanya usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah lebih baik

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong syor Perdana Menteri menetapkan setiap ketua jabatan tidak diberi kenaikan pangkat jika mereka tahu tetapi tidak melaporkan amalan rasuah penjawat awam di bawah seliaannya.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, semua ketua jabatan seharusnya mengambil tanggungjawab sewajarnya dalam memastikan tidak berlaku salah tadbir urus terutama melibatkan penyelewangan dan rasuah dalam kalangan kakitangan seliaan mereka.

Menurutnya, syor tersebut meletakkan suatu tanggungjawab kebersamaan dalam setiap peringkat jawatan di sesebuah jabatan untuk memastikan tadbir urus dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa pelanggaran integriti.

“Syor ini sekiranya dilaksanakan kelak akan melahirkan penjawat awam yang sentiasa cakna terhadap tanggungjawab dan amanah yang digalas terutama dalam memastikan jabatan diselia sentiasa melaksanakan urus tadbir terbaik.

“Kami berharap semua penjawat awam tidak kira pelbagai peringkat jawatan melihat langkah ini suatu perkara yang positif terutama dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada dalam tahap terbaik.

“Salah laku dalam perkhidmatan awam adalah suatu perkara yang amat kita tegah termasuklah menyembunyikan salah laku tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku dan amalan rasuah penjawat awam di bawahnya tetapi tidak dilaporkan.

Beliau berkata, agak mustahil bagi ketua jabatan atau ketua unit ‘tidak tahu’ atau menutup mata mengenai wujudnya kecurangan dalam pentadbiran masing-masing.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, tidak wajar untuk pihak yang mempunyai kuasa menyembunyikan pelanggaran tadbir urus hanya semata-mata hendak menjaga nama baik sendiri atau individu tertentu.

Katanya, tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan tidak menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Sebagai penjawat awam tidak kira peringkat jawatan harus mempunyai kesedaran untuk membanteras salah laku dengan apa jua tindakan termasuklah melaporkan perkara tersebut untuk tindakan lanjut.

“Pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri ini tidaklah menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam, tetapi ia sebagai suatu usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah lebih baik,” katanya.

Ujarnya, setiap institusi perlu melaksakanan penambahbaikan agar sentiasa relevan dengan persekitaran masa, begitu juga dengan perkhidmatan awam. – 10 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related