HEADLINES

Nahas UPSI: Laporan awal akan dimuat naik dalam laman sesawang MOT

MOT memaklumkan laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi dan bersetuju ia didedahkan untuk pengetahuan umum

3:29 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Laporan awal Pasukan Petugas Khas berhubung kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada 9 Jun lepas, akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT). 

MOT memaklumkan laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi dan bersetuju supaya laporan awal itu didedahkan untuk pengetahuan umum. 

“Atas prinsip ketelusan dalam siasatan dan demi kepentingan orang ramai, Kabinet telah bersetuju supaya laporan ini didedahkan untuk pengetahuan umum,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MOT memaklumkan laporan itu disediakan secara bebas dan objektif oleh Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT dengan penglibatan pakar teknikal serta wakil pelbagai agensi berkaitan. 

“Fokus siasatan adalah terhadap aspek keselamatan dan tidak menjejaskan sebarang siasatan jenayah yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOT, langkah itu mencerminkan komitmen kementerian terhadap akauntabiliti dan usaha penambahbaikan berterusan dalam sistem keselamatan jalan raya. 

“MOT berharap laporan ini dapat menjadi asas kepada perbincangan awam yang sihat serta tindakan kolektif ke arah sistem pengangkutan yang lebih selamat dan berdaya tahan,” menurut kenyataan itu.

Pada 9 Jun lepas, negara dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

Nahas yang turut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik itu meragut 15 nyawa penuntut universiti berkenaan. – 18 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related