◉ HEADLINES

Kes Zayn Rayyan: Polis sedang teliti ‘pendedahan’ Edisi Siasat

Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, kerana ia isu nasional dan turut melibatkan agensi lain

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sedang meneliti pemberi maklumat, Edisi Siasat yang ‘mendedahkan’ mengenai dakwaan laporan pegawai penyiasat (IO) berhubung siasatan ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop bagaimanapun berkata, Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, kerana ia isu nasional dan turut melibatkan agensi lain dalam ‘pendedahan’ satu saluran Telegram dikenali Edisi Siasat sebelum ini.

“Ya kita tengah meneliti benda ni dan kita akan buat kenyataan, mungkin Bukit Aman (buat kenyataan), ini peringkat Bukit Aman.

“Yang isu nasional bukan hanya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada agensi-agensi penguatkuasa yang lain jadi lebih baik Bukit Aman yang bagi kenyataan,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Edisi Siasat baru-baru ini ‘mendedahkan’ apa yang didakwa sebagai laporan daripada pegawai penyiasat dalam kes ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari.

‘Pendedahan’ itu dibuat semalam dan ia kini tular di media sosial.

Semalam Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis akan menyiasat sepenuhnya pihak yang menyebar laporan kononnya ia merupakan pendedahan daripada ‘pegawai penyiasat’ mengenai kes berkenaan.

Sambil menyelar perbuatan itu, Shuhaily berkata ia boleh mengganggu perbicaraan dan menganggu proses menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan keluarga, lapor Buletin TV3.

“Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan kemudian, kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu.” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Shuhaily juga memberitahu pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi mengesan mereka yang terlibat. – 14 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related