HEADLINES

‘Digula-gulakan’ untung RM12.9 juta, simpanan lebih RM2 juta milik warga emas lesap

Mangsa telah menerima pesanan melalui WhatsApp yang mengiklankan pelaburan dalam pembelian saham dan menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berusia 75 tahun kerugian lebih RM2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan berkaitan pembelian saham melalui pesanan di WhatsApp.

Ketua Polis Johor, M. Kumar berkata, ‘pelaburan’ bermula pada Mei dan bulan ini dengan mangsa ‘digula-gulakan’ kononnnya ‘pelaburan’ awal berjumlah RM2,276,000 itu telah mencatatkan keuntungan RM12.9 juta.

“Kita telah menerima laporan daripada mangsa, semalam, mendakwa telah menjadi mangsa penipuan pelaburan dan mengalami kerugian lebih RM2 juta.

“Menurut mangsa yang juga seorang akauntan, pada 19 Disember tahun lalu, semasa berada di rumahnya di Johor Bahru, dia telah menerima pesanan melalui WhatsApp yang mengiklankan berkaitan pelaburan dalam pembelian saham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesej tersebut juga memberi penerangan berkenaan cara melabur dan menjanjikan keuntungan lumayan, mudah dan dalam masa yang singkat.

Katanya, tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa telah mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi yang diarahkan serta mendaftar akaun di aplikasi tersebut bagi memantau pelaburannya.

M. Kumar memberitahu, mangsa telah memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek berjumlah RM2,276,000.

“Mangsa melihat status pelaburannya di aplikasi yang diberikan dan mendapati mencatatkan keuntungan RM12.9 juta. Teruja dengan keuntungan yang dipaparkan, mangsa memutuskan untuk mengeluarkan wang keuntungan itu.

“Namun sebelum itu, suspek mengarahkan mangsa membayar komisen berjumlah RM1.6 juta. Mangsa tidak membuat bayaran tersebut dan mengesyaki telah ditipu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah kesalahan menipu menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Untuk itu katanya, polis menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan di media sosial atau secara dalam talian yang menjanjikan pulangan menarik. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related