HEADLINES

Akta 672 berkaitan pengurusan sisa pepejal akan disemak semula

Antara perkara akan diteliti turut merangkumi keperluan penggunaan bahan kitar semula dalam setiap pembuatan produk, di pelbagai pihak industri

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sedia ada akan disemak semula bagi memastikan bidang itu dimantapkan serta semakin mesra pengguna.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bagi keperluan terbabit, kementeriannya juga akan meneliti kesesuaian penggubalan perundangan baharu khusus berkaitan ekonomi kitar dalam pengurusan sisa pepejal.

“Antara perkara akan diteliti adalah turut merangkumi keperluan penggunaan bahan kitar semula dalam setiap pembuatan produk, di pelbagai pihak industri,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berhubung kesukaran untuk sisa pepejal dibuang, dengan menegaskan satu daripada puncanya adalah bahan asal untuk memperbuat barang atau makanan itu menggunakan bahan tidak boleh dikitar semula yang merbahayakan.

Justeru, Afnan Hamimi bertanyakan adakah kementerian berkenaan, bercadang memperketatkan polisi undang-undang bagi memastikan syarat untuk menghasilkan sesuatu bahan atau material, mesti menggunakan bahan kitar semula dan mesra dengan pengguna.

Sementara itu, ketika menjawab persoalan Afnan Hamimi adakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang memperluaskan program ‘drive thru’ atau pandu lalu kitar semula ke lebih banyak kawasan, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang mengiyakannya.

“Sebenarnya, sehingga kini KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sudah menyediakan 88 unit pusat kitar semula pandu lalu di tujuh negeri, dengan menggunapakai Akta 672.

“Lima daripada pusat kitar semula pandu lalu ini adalah berada di program perumahan rakyat (PPR) dan bagi kawasan ini, ada dua iaitu PPR Paya Nahu II Sungai Petani dan PPR Taman Dahlia, Pulau Langkawi, tetapi di dalam Parlimen Alor setar sendiri belum ada, tapi memang menjadi tumpuan kita kalau boleh kita perluaskan lagi,” katanya.

Menjawab kenyataan Afnan Hamimi yang meminta beliau menyatakan inisiatif KPKT bagi menggalakkan lebih ramai penglibatan penduduk PPR, terhadap pelaksanaan Program Komuniti Sifar Sisa (Kosis), Aiman Athirah memaklumkan kementerian itu sangat komited berbuat demikian.

“Memanglah program ini berjalan dari semasa ke semasa dan kalaulah 222 ahli parlimen yang ada di dalam dewan ini seperti mana (Ahli Parlimen) Alor Setar, ambil berat mengenai kewujudan Kosis, insya-allah kita dapat jayakan di lebih banyak lagi tempat.

“Program ini sangat penting untuk ekonomi kitaran dalam negara kita,” katanya. – 4 Julai 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Related