◉ HEADLINES

Bayaran RM2.16 juta kepada Asia Mobiliti dan Badan Bas belum sepenuhnya, sebahagian besar seliaan MBI

Bayaran kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) dan Badan Bas Coach Sdn Bhd (Badan Bas) sebagai operator itu juga bukan jumlah yang tetap

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bayaran subsidi berjumlah RM2.16 juta masing-masing kepada dua syarikat pengendali projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) masih belum dibuat sepenuhnya, kata Exco Selangor, Ng Sze Han (Kinrara-PH).

Beliau memberitahu, bayaran kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) dan Badan Bas Coach Sdn Bhd (Badan Bas) sebagai operator itu bukan jumlah yang tetap kerana sebahagian besar masih di bawah kawal selia Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI.

“Sebahagian besar masih di bawah kawal selia MBI kerana kita kena kaji prestasi selepas Pembuktian Konsep (POC).

“Buat masa ini tiada sesiapa pun yang tahu berapa angka atau peruntukan yang sepatutnya kita disalur pada perkhidmatan ini, kerana ini perkhidmatan baru di Malaysia,’’ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sze Han yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif Bahardin yang ingin mengetahui mengenai bayaran yang dibuat kepada dua syarikat pengendali rintis DRT itu.

DRT merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.

Projek ini dilaksanakan oleh MBI dan dikawal selia oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec). – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related