HEADLINES

PM terima kunjungan Ustaz Somad

Mereka berbincang mengenai kegiatan dakwah antara Malaysia dan Indonesia, selain usaha mempertingkatkannya ke tahap lebih bermakna

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara yang dijemput ke Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu mereka berbual dan saling bertukar fikiran mengenai kegiatan dakwah di Malaysia dan Indonesia.

“Selepas solat Jumaat bersama, saya jemput Ustaz Somad untuk singgah ke pejabat saya.

“Selain perbualan santai, kami turut menekuni perihal kegiatan dakwah antara dua negara akrab Malaysia-Indonesia serta usaha dalam mempertingkatkannya ke tahap yang lebih bermakna,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Anwar turut berkongsi beberapa gambar yang diabadikan bersama Ustaz Somad di platform media sosial itu.

Terdahulu, kedua-dua mereka menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Seri Kembangan selepas makan tengah hari di Restoran Singgah Rassa, berhampiran surau tersebut.

Kehadiran Ustaz Somad ke Malaysia bagi menjayakan ceramah perdana sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.

Penganjuran ceramah perdana itu bagi menggantikan program Melaka Bila Larut Malam atau `Melaka Nightlife’ yang sepatutnya diadakan malam ini.

Program Melaka Bila Larut Malam diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan, bermula 1 Jun lalu bertujuan untuk memperkenalkan keunikan dan keindahan Melaka pada waktu malam. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related