HEADLINES

Dua beradik kritikal termakan keropok ada racun tikus

Mangsa yang juga adik-beradik itu muntah serta mulut mereka berbuih selepas dikatakan memakan keropok digantungkan penduduk untuk memerangkap monyet

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas dipercayai memakan keropok mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd. Khairi berkata, insiden menimpa adik-beradik itu disedari ibu mereka yang berumur 25 tahun pada kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, ia selepas kedua-duanya muntah dan mulut mereka berbuih ketika pulang ke rumah.

“Keropok mengandungi racun tikus itu digantungkan penduduk pada dawai besi sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.

“Kedua-dua mangsa dipercayai telah membuka dan makan keropok terbabit,” katanya seperti dilaporkan media.

Azizul berkata, ibu mangsa membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan susulan.

Beliau berkata, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa dalam keadaan kritikal.

“Pada jam 7.30 malam hari sama, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan Sekayen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun,” katanya. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related