◉ HEADLINES

Bapa tiri, anak lelaki dan rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

Abang tiri mangsa dan rakannya dituduh merogol kanak-kanak itu di hadapan bapa tiri mangsa

4:49 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang peniaga berusia 46 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun.

Turut didakwa merogol kanak-kanak itu abang tiri dan rakannya masing-masing berusia 22 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Bagi dua pertuduhan, peniaga itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, pada waktu petang awal tahun ini dan pada 18 hingga 22 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Abang tiri mangsa pula dituduh merogol kanak-kanak itu di hadapan bapa tiri mangsa dan rakan karibnya manakala rakannya turut didakwa merogol mangsa di hadapan bapa tiri dan abang tiri mangsa di lokasi yang sama sekitar awal tahun ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala bapa tiri serta abang tiri mangsa diwakili peguam Nur Sarah Syamimi Safie dan rakan abang tiri diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kes terbabit adalah serius melibatkan mangsa berusia 12 tahun.

Nur Sarah Syamimi dan Zuhaidie pula memohon jaminan terhadap anak guam mereka dibenarkan dan mereka berjanji tidak akan mengganggu mangsa.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap bapa tiri dan abang tiri mangsa manakala rakan abang tiri dibenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes. – 9 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related