HEADLINES

Bakal jemaah haji akan dimaklum 2 tahun lebih awal elak tolak tawaran

Perancangan itu antara yang terkandung dalam Blueprint Haji bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan TH

10:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) merancang untuk memaklumkan tawaran haji kepada bakal haji dua tahun lebih awal dari tahun giliran mereka bagi mengatasi isu pendeposit menolak tawaran menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, seramai 10,036 individu menolak tawaran menunaikan haji bagi musim 1445H/2024M yang dikeluarkan kepada 31,600 di bawah kuota rasmi negara diperuntukkan kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, perancangan itu antara yang terkandung dalam Blueprint Haji bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan TH.

“Ini akan memberi masa kepada bakal jemaah untuk mencukupkan simpanan bagi kos haji dan juga membuat persediaan dari segi kesihatan dan apa-apa keperluan yang lain.

“Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula dari tanah air lagi,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai jumlah statistik bilangan jemaah haji mendapat dan menolak tawaran pada tahun ini serta apa usaha kerajaan bagi menangani masalah penolakan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Na’m berkata, individu yang menolak tawaran itu memohon untuk menangguhkan tawaran atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kewangan, peribadi, urusan keluarga dan pendidikan anak dan masalah cuti selain ada yang tidak menjawab tawaran.

“Semua pendeposit Tabung Haji tanpa mengira peringkat umur, boleh membuat pendaftaran haji dan akan dipilih untuk menunaikan fardu haji apabila tiba giliran tahun yang diperuntukkan kepada mereka berdasarkan prinsip yang mendaftar dahulu akan didahulukan. Sistem pendaftaran terbuka itu diterima pakai oleh umum sejak 1995.

“Walaupun segala persediaan telah dilakukan untuk pergi menunaikan haji, masih terdapat bakal jemaah haji menangguhkan tawaran haji atas pelbagai sebab dan terutamanya kerana tidak dapat memenuhi syarat istito’ah seperti kesihatan dan kewangan,” katanya.

Ujarnya, sekiranya bakal haji memohon untuk menunda atau menangguhkan panggilan haji pada tahun semasa, peluang mereka masih ada untuk tahun akan datang tertakluk kepada kekosongan. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related