◉ HEADLINES

GrabScholar tawar biasiswa, bantuan kewangan kepada lebih 300 pelajar

GrabScholar akan menyediakan biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah khususnya dalam bidang kelestarian, perniagaan dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik di semua universiti awam di seluruh Malaysia

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia melancarkan GrabScholar dengan kerjasama Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dan GoBarakah dalam usaha mendemokrasikan pendidikan dengan menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada lebih 300 pelajar Malaysia.

Pengarah Urusan Grab Malaysia Adelene Foo dalam kenyataan hari ini berkata pengenalan GrabScholar itu sekali gus memperkukuh komitmen untuk memberdayakan semua rakyat negara ini dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang.

“Pendidikan adalah pemangkin penting untuk mobiliti antara generasi dan transformasi masyarakat.

“Melalui GrabScholar, kami ingin membantu mereka yang memerlukan, memberikan bantuan serta menawarkan peluang meningkatkan status sosioekonomi. Inisiatif ini melampaui bantuan kewangan semata-mata ia juga pelaburan dalam masa depan negara kita,” katanya.

Beliau berkata, menerusi kerjasama strategik dengan YTAR, GrabScholar akan menyediakan biasiswa universiti untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah khususnya dalam bidang kelestarian, perniagaan dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di semua universiti awam di seluruh Malaysia.

Biasiswa berkenaan merangkumi yuran pengajian penuh, elaun, peluang latihan industri serta program pembangunan kepimpinan unik selama dua tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTAR Ida Thien dalam kenyataan yang sama memaklumkan kerjasama berkenaan membolehkan institusi berkenaan memberdayakan lebih ramai belia berpotensi tinggi dan layak dengan kemahiran, sumber serta ketahanan.

Ida berkata ia bagi membentuk masa depan lebih baik untuk diri mereka, komuniti dan Malaysia.

Pada masa yang sama, seiring dengan GoBarakah, GrabScholar akan memberikan bantuan kewangan kepada 300 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia sekali gus mengurangkan beban kewangan keluarga dalam perbelanjaan persekolahan.

Pengasas Bersama di GoBarakah Azrin Ajib berkata program bursary itu membolehkan pihaknya memperluas jangkauan dan membantu lebih banyak keluarga dalam mengurangkan beban kewangan pendidikan.

“Bersama dengan Grab, kami komited untuk membuat impak positif dalam kehidupan pelajar dan keluarga mereka di seluruh Malaysia,” katanya

Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Universiti GrabScholar adalah pada 22 Julai ini, manakala permohonan untuk bantuan sekolah akan dibuka hingga 31 Julai.

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabScholar termasuk butiran mengenai setiap inisiatif dan prosedur permohonan, orang ramai boleh melawati laman sesawang grb.to/GrabScholar-MY. – 12 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related