HEADLINES

Salah guna wang RM67,000: Bapa Baby Syifaa mengaku tidak bersalah

Mengikut pertuduhan, Yuseri Yusoff didakwa menyalahguna harta milik seorang wanita di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Oktober tahun lalu

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kepada bayi yang maut di pusat asuhan, Baby Syifaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahguna wang RM67,000 milik seorang wanita, tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Yuseri Yusoff, 41, selepas ia dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyalahguna harta bernilai RM67,000 milik wanita terbabit di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju di sini pada 20 Julai hingga 12 Oktober tahun lalu.

“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dikemukakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan mencadangkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam, Gaithri Thomas yang mewakili tertuduh merayu kadar itu dikurangkan.

Gaithri memberikan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai pempengaruh, tidak mempunyai pendapatan tetap, selain perlu menyara seorang anak perempuan berusia sembilan tahun yang masih bersekolah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan tertuduh diberi ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 26 Ogos depan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pagi tadi, tertuduh yang tiba menaiki kenderaan polis dengan mengenakan seluar jeans biru dan kemeja-T warna kelabu serta tangan bergari, diiringi beberapa anggota.

Ketika gambarnya dirakam jurugambar dan wartawan, dia sempat berterima kasih kepada pihak media yang hadir membuat liputan, sambil memaklumkan pesalah anaknya belum ditangkap.

“Terima kasih semua hadir, pengasuh anak saya belum ditangkap lagi walaupun dua tahun dah meninggal,” katanya secara tiba-tiba.

Dia kemudian dibawa masuk ke kamar mahkamah untuk prosiding kes. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related