◉ HEADLINES

Malaysia sumbang tambahan US$1 juta kepada UNRWA

Dengan sumbangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan bantuan Malaysia kepada UNRWA adalah sebanyak US$5.2 juta sejak November 2023

12:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia mengumumkan sumbangan tambahan berjumlah US$1 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa sumbangan ini bersifat sekali sahaja dan diumumkan semasa Persidangan Pemberian Sumbangan UNRWA yang diadakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Jumaat.

“Dengan sumbangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan bantuan Malaysia kepada UNRWA adalah sebanyak US$5.2 juta sejak November 2023.

“Jumlah ini adalah tambahan kepada komitmen negara untuk menyumbangkan US$200,000 setiap tahun dari 2021 hingga 2025.

“Malaysia bertekad menyokong UNRWA dan bersedia bekerjasama rapat dengan PBB dan pemegang taruh lain untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan secara berterusan kepada rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

Melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), Malaysia juga menyumbang kepada pelbagai inisiatif kemanusiaan termasuk pemberian bantuan perubatan, bantuan makanan, pengurusan sanitasi dan kebersihan air, penyaluran bekalan air bersih dan peningkatan kemudahan perubatan untuk rakyat Palestin.

Sehingga 28 Jun 2024, Kerajaan Malaysia telah menerima sumbangan berjumlah RM98,828,028.83.

“Daripada jumlah itu, RM34,992,378.10 telah disalurkan kepada pelbagai pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan dan organisasi-organisasi antarabangsa termasuk PBB, menurut Wisma Putra. – 13 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Maybank experiencing intermittent slowness affecting duitnow services

Maybank said that some transactions may take longer than usual or are temporarily unavailable

GRS, PH, BN and Warisan in race to form Sabah government as negotiations heat up

With UPKO, KDM, STAR, and independents holding the balance of power, a new coalition is set to emerge after a closely contested election

Under-16 social media users given one month before action taken as ONSA measures launch today

As new measures begin today, Malaysian Communications and Multimedia Commission says age verification under the Online Safety Act will also be carried out by platforms for existing users over a period of up to six months

◉ Related