◉ HEADLINES

Empat remaja rogol kanak-kanak 11 tahun ditahan polis

Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pertama melalui media sosial dan turut diperkenalkan kepada tiga lagi individu yang melakukan perbuatan keji itu

10:02 PM MYT

 

IPOH – Polis menahan empat remaja lelaki di beberapa lokasi berbeza sekitar Teluk Intan, semalam selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri berkata, empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis pada 12.26 tengah hari, semalam.

“Menurut mangsa, suspek pertama dan kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar mandi-manda bersama kedua-dua suspek di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah kira-kira 6.30 petang pada Rabu lalu.

“Pada 8.30 malam hari yang sama, suspek ketiga merogol mangsa ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya, manakala suspek keempat merogol mangsa pada 12.30 tengah malam Khamis (18 Julai) di kawasan semak. Kedua-dua kejadian berlaku sekitar Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pertama melalui media sosial dan turut diperkenalkan kepada tiga lagi individu yang melakukan perbuatan keji itu.

Katanya, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan suspek pertama serta ketiga masing-masing berusia 16 dan 17 tahun tidak bersekolah, manakala suspek kedua serta keempat berusia 14 dan 17 tahun masih bersekolah.

Kesemua suspek berasal dari Teluk Intan dan saling mengenali antara satu sama lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Teluk Intan turut membenarkan empat remaja lelaki itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai untuk siasatan lanjut. – 19 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related