HEADLINES

Hubungan sulit punca 3 wanita gaduh di parkir pasar raya

Video kejadian itu memaparkan mangsa beberapa kali ditampar di muka dan rambutnya ditarik sehingga terjatuh, sebelum ditendang

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua daripada tiga wanita yang terbabit dalam pergaduhan di kawasan parkir pasar raya di Penampang baru-baru ini, sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya turut membuka satu kertas siatan berkaitan kes itu.

Menurutnya, tangkapan dua individu terbabit dilakukan secara berbeza semalam selepas polis menerima maklumat berhubung kes.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang perempuan warga asing berumur 18 tahun yang juga suspek yang dilihat memukul mangsa.

“Manakala tangkapan kedua membabitkan seorang wanita warga asing berumur 25 tahun, iaitu mangsa yang dipukul dan dia juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan.

Sammy berkata, pihaknya menggerakkan pasukan bagi mengesan seorang lagi wanita yang dilihat memukul mangsa.

Katanya, motif kejadian dikatakan kerana mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suami suspek yang masih bebas.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes video tular terbabit, boleh segera berhubung dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang di talian 088-712222,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 16 saat memaparkan pergaduhan tiga individu di parkir pasar raya.

Video itu memaparkan mangsa beberapa kali ditampar di muka dan rambutnya ditarik sehingga terjatuh, sebelum ditendang dua wanita. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related