HEADLINES

‘Ready tak ready pun kena mai juga kan, kita mai lah’: Sanusi

Sanusi berkata, sama ada bersedia atau tidak, beliau tetap perlu menghadiri dan melalui perbicaraan itu

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau sudah lama bersedia menghadapi perbicaraan kes hasutan didepaninya.

Sanusi berkata, sama ada bersedia atau tidak, beliau tetap perlu menghadiri dan melalui perbicaraan itu.

“Ready (bersedia), ready, lama dah ready…

“Ready tak ready pun kena mai juga kan, kita mai (datang) lah,” katanya selepas prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya petugas media adakah sudah bersedia untuk menghadapi prodising kes berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu berdepan dua pertuduhan jenayah kerana didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya semasa ceramah politik di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 Julai tahun lalu, jam 11 malam.

Terdahulu, Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah apabila dua pertuduhan hasutan dibacakan kepadanya, berikutan pemindahan kes itu dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi pada 1 Februari lalu.

Pertuduhan beliau dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) undang-undang sama.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda RM5,000 atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding hari ini, kes itu tidak dibicarakan selepas ia ditangguhkan dua bulan.

Keputusan penangguhan itu dibuat selepas peguam Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud, memberitahu Hakim Datuk Aslam Zainuddin bahawa pihak pembelaan akan memfailkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related