HEADLINES

Sumbangan syarikat arak untuk sekolah: Loke tepis kritikan, ‘tiada isu, hanya dipolitikkan’

Kata Anthony Loke, tidak perlu timbul polemik dari isu ini kerana ia sudah diamalkan sebelumnya tanpa sebarang masalah

3:53 PM MYT

 

KLANG – Sumbangan diberikan syarikat arak kepada sekolah vernakular adalah amalan lama, namun ia cuba dipolitikkan pihak tertentu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan itu berkata, semua pihak diharap tidak mempolitikkan isu berkenaan dan mengelak daripada mencetuskan sebarang polemik.

“Tidak perlu timbul polemik dari isu ini kerana ia sudah diamalkan sebelumnya tanpa sebarang masalah.

“Hanya pihak tertentu cuba mempolitikkan perkara ini dengan membesar-besarkannya. Keputusan Kabinet sudah dibuat, tidak ada ‘kawasan kelabu’ dalam garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas lawatan kerja ke tapak projek Aliran Transit Ringan 3 (LRT 3) di Stesen Pasar Jawa di sini.

Loke berkata, garis panduan yang disahkan Kementerian Pendidikan (KPM) selepas diluluskan Kabinet menyatakan, bahawa jika acara sumbangan dana disalurkan syarikat arak diadakan di dalam kawasan sekolah, logo jenamanya tidak boleh dipamerkan.

“Bagaimanapun, acara terbabit boleh diadakan tanpa sebarang sekatan di luar kawasan sekolah yang mana biasanya diadakan.

“Ia adalah status quo untuk penganjuran program ini. Tidak ada masalah untuk mengadakan acara sedemikian, dengan syarat pelajar Muslim tidak boleh terlibat dalam aktiviti ini,” katanya.

Menurutnya, acara pengumpulan dana itu yang diadakan di luar kawasan sekolah turut dihadiri ibu bapa dan orang awam yang ingin menyokong sekolah.

Terdahulu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyasarkan KPM atas kekurangan peruntukan dalam pembiayaan pembangunan untuk sekolah vernakular Cina.

Guan Eng berkata, keadaan itu mengakibatkan sekolah berkenaan terpaksa menerima sumbangan awam, termasuk menerusi aktiviti pengumpulan dana daripada kilang arak untuk terus beroperasi.

Malah, bekas Menteri Kewangan itu berkata, kilang arak seperti Tiger dan Carlsberg sudah membantu mengumpulkan dana RM981 juta sejak 1987 untuk sekolah vernakular.

Sebelum ini, PAS membangkitkan isu membabitkan ahli politik Amanah dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu apabila beliau menerima penyerahan replika cek bernilai RM3 juta, tertera logo Tiger Beer pada acara pengumpulan dana untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh mengkritik PAS kerana menunggang isu berkenaan, dengan menuduh parti terbabit memutar belit fakta dan memainkan sentimen perkauman.

Wong berkata, Tiger Beer yang dimiliki Heineken Malaysia Bhd, menjadi penganjur pengumpulan dana selama 30 tahun, seterusnya membolehkan sekolah vernakular memperbaiki kemudahan di institusi pendidikan berkenaan tanpa bergantung kepada dana kerajaan.

Tiger Beer menafikan membuat sumbangan amal kepada sekolah, dengan mendakwa bahawa peranannya dalam acara pengumpulan dana dikenali sebagai Konsert Amal Pendidikan Cina itu, hanya membabitkan penajaan persembahan artis tempatan.

Kontroversi itu juga mendapat reaksi bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik apabila menyatakan, langkah membenarkan kilang arak terbabit dalam aktiviti pengumpulan dana untuk sekolah, adalah amalan ‘tidak sihat’ yang ‘akan membuka kotak Pandora’ untuk bidang maksiat lain, seperti tembakau, vaping dan perjudian. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related