HEADLINES

50% penjawat awam di Putrajaya obesiti: KSN

Program Car Free Day kini dikembalikan untuk memberi peluang kepada penduduk, termasuk penjawat awam sekitar Putrajaya menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat

12:33 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Aktiviti sihat perlu dirancakkan dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat agensi, kementerian mahupun perseorangan memandangkan kebanyakan penjawat awam menghadapi masalah obesiti.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata aktiviti itu perlu kerana masalah obesiti dalam kalangan rakyat melebihi 50 peratus dan kebanyakan melibatkan penjawat awam di Putrajaya.

“Jadi, penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk program larian sebagai permulaan menggalakkan mereka (hidup sihat),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Bebas Kenderaan (CFD) Putrajaya dan larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIX 2024 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengenai sambutan Hari Kebangsaan, Mohd Zuki berkata semua jabatan dan agensi diminta menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini.

“Bermula 1 (Ogos) kebanyakan kementerian dan agensi telah mengambil inisiatif menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Selain mengibarkan Jalur Gemilang, mereka juga mengadakan program lain seperti bacaan puisi dan aktiviti bersifat patriotik,” katanya.

Pada 21 Julai lepas, Anwar dalam majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 mengarahkan semua pihak termasuk sektor awam dan swasta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.

Sementara itu, program CFD kembali dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) pada minggu keempat setiap bulan selepas kali terakhir penganjuran pada 2019.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada penduduk sekitar menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat seperti berjalan kaki dan menaiki basikal.

Sepanjang tempoh CFD, penutupan jalan sepenuhnya akan dibuat di Dataran Putrajaya bermula dari Persimpangan Menara Prisma ke Persimpangan Menara Tulus. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related