◉ HEADLINES

Kes culik Albertine: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai

4:18 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui, termasuk kemungkinan suspek lelaki yang ditahan semula dalam kes itu merupakan seorang pedofilia.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata hasil siasatan motif kes tersebut dipercayai akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

“Kita menemui petunjuk baharu dalam kes ini iaitu dengan penemuan alat mainan seks dan pelbagai lagi. Jadi, fokus siasatan kita tertumpu kepada itu (penemuan) dan kita harap dapat mengetahui motif dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan suspek merupakan seorang pedofilia.

Kumar berkata suspek juga berkemungkinan menculik kanak-kanak tersebut secara bersendirian.

Ditanya sama ada kanak-kanak itu akan dihantar semula untuk pemeriksaan kesihatan, Kumar berkata tiada keperluan setakat ini memandangkan keputusan hasil pemeriksaan oleh pakar perubatan sebelum ini telah mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau dalam pada itu berkata suspek direman enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tempoh reman lelaki itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat 4 Ogos lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula susulan penemuan baharu termasuk alat mainan seks itu. 

Kumar sebelum ini dilapor sebagai berkata suspek ditangkap bersama Albertine di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai selepas kanak-kanak itu hilang di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related