HEADLINES

29 ekor ular sawa bersarang dalam saliran longkang

Anak ular itu yang dipercayai baru menetas berada bersama seekor induk dalam saliran longkang berkenaan.

11:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mengejut dan menakutkan. Itu situasi didepani susulan kemunculan 29 ekor ular sawa di saliran longkang berhampiran sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, ia terdiri daripada 28 anak ular sawa dan seekor induk.

Katanya, JBPM Selangor menerima panggilan pada jam 9.56 malam sebelum ke lokasi berkenaan dan menangkap reptilia itu.

“Anak ular itu yang dipercayai baru menetas berada bersama seekor induk dalam saliran longkang berkenaan.

“Bomba kemudian menangkap semua anak ular serta induknya menggunakan penjerut.

“Anak ular berkenaan dianggarkan sepanjang setengah meter, manakala induknya sekitar dua meter,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi penangkapan ular itu mengambil masa 12 minit dan semua tangkapan dilepaskan ke tempat selamat. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Malaysian fighter pilots push boundaries beyond US Navy peers, says ex-American aviator

While America uses both defensive and offensive stances, Malaysia focuses primarily on the defensive

Related