◉ HEADLINES

Pihak cetus kekecohan di PAT Bersatu dipanggil, sudah mohon maaf

Ketua Penerangan Armada Bersatu berkata selain laporan polis, laporan turut dibuat kepada Lembaga Disiplin parti bagi membolehkan tindakan diambil terhadap perwakilan dan individu yang mencetuskan kekecohan

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan individu yang dikatakan mencetus kekecohan ketika perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti Bersatu malam tadi, sudah membuat permohonan maaf, kata Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid.

Beliau berkata, Pengerusi Tetap parti memaklumkan individu yang terbabit sudah dipanggil selepas kekecohan itu.

“Pengerusi Tetap maklumkan malam tadi mereka dipanggil dan menyatakan permohonan maaf, kesal dan mengakui perkara itu tak patut berlaku,” katanya lapor BH.

Harris yang juga Ketua Bersatu Bahagian Balik Pulau, berkata laporan polis dibuat bagi menggesa siasatan terhadap pihak yang cuba mencetuskan insiden kekecohan berkenaan.

Katanya, laporan dibuat Ketua Komander Briged Armada Bersatu, Afiq Nardin, di Balai Polis Seri Muda, Shah Alam, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Menurut Harris, laporan turut dibuat kepada Lembaga Disiplin parti bagi membolehkan tindakan diambil terhadap perwakilan dan individu yang mencetuskan kekecohan.

“Dalam laporan disiplin itu, kami menyenaraikan perkara yang kami tidak berpuas hati kerana ia (kekecohan itu) memalukan dan berlaku di khalayak, di hadapan jemputan dan pengamal media yang membuat liputan.

“Ketua Keselamatan Armada sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Muda. Saya difahamkan kertas siasatan sudah dibuka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam laporan media semalam, PAT Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, kecoh apabila berlaku insiden pergelutan dan tolak-menolak ketika Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang menyampaikan ucapan dasar.

Kekecohan itu mengakibatkan sesi utama malam tadi bukan saja terganggu malah tertangguh seketika. – 7 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related